Friday, 15 July 2011

semanis kurma

Assalamulaikum...
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norliza Abu Bakar kerana telah menganjurkan pertandingan blog antara kelas ini. Dengan pedekatan ini, sedikit sebanyak dapat mencungkil sedikit sebanyak  tentang kebolehan para pelajar SMK Tun Perak untuk meluahkan bakat yang terpendam mereka selama ini. Memang saya akui, saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Hal ini disebabkan oleh faktor pelajar SPM yang tinggal di asrama mungkin merumitkan lagi keadaan kerana tiada kemudahan internet di sekolah. Meskipun terdapat kemudahan cyber cafe pada waktu petang, tetapi sayangnya cyber cafe tidak buka pada waktu tersebut. oleh itu, dengan kesuntukan masa, saya hanya mengambil masa selama 1 hari sahaja selepas waktu persekolahan untuk menyiapkan blog yang tidak seberapa ini. Mujurlah hari ini pelajar asrama dapat pulang ke rumah. Disebabkan itulah saya berjaya menyiapkan blog ini, walaupun tidak sesempurna mana. Alhamdullilah~

owner blog ini adalah hak milik terpelihara kelas 5 Agama 2.
credit to Anis Sa'idah Binti Samsuri sebagai pengelola blog pencinta tanah air... (",)


ayahanda : Encik Tarmizi Bin Sahimi

anak-anak buah : Haiqal, Asri, Fahmi, Raman
                           Nana, Rosz, Azma, Adz
                           Anis, Iza, Miera, Dieba
                           Ana, Aina, Tira, Shaz

Tun Hussien Onn



Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981)

Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru.
Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan
Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak.
Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran
menengahnya di English College, Johor Bahru.

Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai
kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor.
Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera
di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942.
Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.

Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah.
Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian
Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada
pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih
di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi.
Ketika itu beliau berpangkat Kapten.

Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai
Komanden Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam
perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat
 dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang.
Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan
Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting menentang
Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.

Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan
jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam
kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya tugas
sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai
Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950
beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan
bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi
Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan.

Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan
Kawalan Kampung di Johor. Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya,
setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951.
Seterusnya Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya,
malangnya parti itu tidak mendapat sambutan. Sewaktu bersara dari politik,
beliau telah pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn,
England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958.

Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn
kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam tahun yang sama beliau
telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur,
dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970.

Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah menghadapi beberapa isu
penting yang berkaitan dengan pelajaran, termasuk mengenai
masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah.
Pada masa ini juga satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia
mengenai sistem ejaan baru telah diadakan di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai
 salah seorang Naib Presiden UMNO.

Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia.
Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan
Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976,
Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3
menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia.

Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak
memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada
tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting.
Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalannya.

Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya,
 Tun Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara
Malaysia dengan negara-negara luar termasuklah negara- negara barat
dan lain-lain anggota ASEAN. Pada akhir tahun 1977,
krisis melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran
Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan.

UMNO telah menunjukkan jalan-jalan kepada PAS bagaimana
menyelesaikan krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan PAS.
Kerana krisis itu mungkin membawa kepada keadaan huru hara,
Tun Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut.
Dalam bulan Mac 1978, satu pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan,
yang mengembalikan kerajaan Barisan Nasional setelah 18 tahun
berada di tangan parti pembangkang.

Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978,
Barisan Nasional yang bermanifesto "A man whom you can trust"
(Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan
131 kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen,
di samping menguasai semua kerajaan-kerajaan Negeri.

Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya
bagi mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin
supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul.
Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil beberapa tindakan
bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti.
Di samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya
 menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam
kegiatan-kegiatan pro-Komunis.

Sumber : Pmr Penerangan gOv

Tun Abdul Razak




Seperti kebanyakan pemimpin yang hebat, Tun Razak pada dasarnya mencapai kejayaan atas daya usaha beliau sendiri.  Bapa beliau ialah seorang pegawai daerah, jawatan yang dianggap tinggi dan dihormati pada zaman pemerintahan Inggeris.  Namun, ini tidak bermakna beliau hidup dalam kemewahan.  Latar belakang beliau yang serba sederhana dan kepintaran beliau telah mendorong beliau meletakkan nilai yang tinggi untuk diri beliau dalam mencapai matlamat hidup.  Akhirnya, beliau berjaya menjadi seorang pemimpin politik yang amat dihormati di Malaysia dan di rantau ini semasa era pembangunan Negara dari tahun 1954-1976.

Di bawah pemerintahan rejim British, tidak ramai pelajar Melayu diberikan hak istimewa untuk berpendidikan tinggi.  Hanya pelajar yang benar-benar pintar dan bertuah sahaja dianggap layak mendapat biasiswa dan dihantar ke United Kingdom.  Dengan itu, London menjadi tempat mendidik ahli politik dari negara-negara Komanwel.  Dalam keadaan sebegini Tun Razak didaftar untuk menuntut dalam jurusan undang-undang di Lincoln’s Inn.  Di sana, beliau berkenalan dengan Tunku Abdul Rahman yang juga sedang mengikuti kursus tersebut.  Mereka berkongsi minat yang sama dalam politik dan kemudiannya menjadi teman dan pemimpin dalam UMNO, sama-sama berjuang untuk kemerdekaan Malaya. 
Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.  Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri pertama dan Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.  Ketika itu beliau baru berusia 35 tahun.
Jika kepandaian boleh diukur melalui prestasi, Tun Razak boleh dianggap sebagai pelajar yang cemerlang kerana menyempurnakan kursus undang-undang hanya dalam tempoh 18 bulan, mungkin suatu jangka masa terpendek yang diperlukan.  Ia merupakan rekod yang sangat bagus.  Jelas sekali beliau meminati bidang undang-undang.  Jika beliau tidak ditakdirkan memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan, beliau tentu dilantik menjadi Peguam Negara atau Ketua Hakim Negara di Mahkamah Persekutuan.  Walaupun beliau tidak berpeluang bertugas dalam bidang undang-undang, beliau telah diterima masuk sebagai seorang peguam dalam tahun 1973 ketika beliau sudah pun menjadi Perdana Menteri.
Malaysia telah membangun dengan pesatnya.  Pada mulanya ia negara pertanian, pengeluar utama getah, minyak kepala sawit dan bijih.  Keadaan ekonomi ketika itu stabil tetapi tidak dinamik.  Kekayaan yang dimiliki di kawasan bandar adalah jauh berbeza berbanding dengan luar bandar, begitu juga antara kaum.  Masalah ini boleh dan telah membawa ancaman yang serius kepada kestabilan negara dan terpaksa ditangani sejurus selepas kemerdekaan.
Tun Razak dipertanggungjawabkan dengan tugas ini, pada mulanya sebagai Menteri Pelajaran dan kemudian sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.  Kedua-dua jawatan tersebut sangat disayangi beliau.  Beliau tidak pernah lupa zaman kanak-kanak sewaktu beliau terpaksa berkaki ayam ke sekolah. Pengalaman ini membuatkan beliau amat bersimpati dengan penduduk luar bandar.  Jika beliau tidak bertugas ke luar negara, separuh daripada masa beliau akan diluangkan melawat kampung-kampung, biasanya antara hari Khamis dan Ahad untuk benar-benar memahami masalah di situ dan untuk memastikan projek luar bandar dilaksanakan dengan sempurna.
Berbeza dengan sekarang, salah satu daripada perkara yang menjadi masalah pada tahun 1960-an dan 1970-an ialah cara mengelak penduduk luar bandar daripada berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan.  Keutamaan dan penekanan diberi kepada pembangunan luar bandar.  Beribu-ribu ekar tanah baru terpaksa dibuka.  Kelompok penduduk luar bandar dipindahkan ke tanah rancangan FELDA.
Ramai daripada mereka yang tidak memiliki tanah telah diberikan tanah untuk diusahakan dan menjadi pekebun kecil agar dapat memperbaiki kehidupan masing-masing.  Hari ini, ada pekebun kecil berjaya menjadi jutawan apabila mereka menjual tanah mereka untuk pembangunan industri.
Malaysia hari ini menjadi contoh negara berbilang kaum yang harmoni.  Keadaan ini tidak dapat dicapai tanpa usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh.  Salah satu daripada penyebab utama berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1968 ialah ketidakseimbangan agihan kekayaan antara kaum.
Oleh itu, jelas sekali pemulihan keadaan dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk menenangkan situasi ketika itu.  Dalam tahun 1973, Tun Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan tujuan membantu kaum bumiputera mendapat bahagian yang sama rata daripada kekayaan negara.  Ini adalah risiko yang telah dipertimbangkan.  DEB boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam politik negara.  Pada masa itu, penduduk bukan bumiputera belum bersedia untuk menerima perubahan sebegitu.  Tragedi 13 Mei telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada semua rakyat Malaysia.  Tun Razak mempunyai masa yang terhad untuk bertindak.  Beliau terpaksa mencari penyelesaian untuk bertahan dengan segera dan beliau berjaya melakukannya.
Tun Razak sedar beliau memerlukan persefahaman dan kerjasama golongan bukan bumiputera untuk melaksanakan DEB dengan sempurna.  Kestabilan politik harus dipastikan terlebih dahulu.  Parti Perikatan berkembang menjadi Barisan Nasional untuk memperluaskan lagi dasar politiknya bagi menangani Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gerakan, PPP dan lain-lain gabungan parti kecil. 
Sekiranya timbul masalah, unsur subversif akan mengambil kesempatan ekoran situasi tersebut. Komunis masih aktif pada awal tahun 1970-an.  Kerajaan tidak boleh berpuas hati dan tidak boleh membenarkan mana-mana komuniti musnah kerana pengaruh subversif. Apabila negara China memulakan dasar terbuka menjalin persahabatan, Tun Razak mengambil peluang untuk menjalin hubungan diplomatik dengan China.  Malaysia dan China mempunyai dasar politik yang berbeza. Namun, kedua-kedua negara bersetuju untuk bekerjasama.
Tun Razak melawat China dalam tahun 1974 dan disambut mesra oleh Pengerusi Mao Zedong dan Perdana Menteri Chou En-lai.
Perdana Menteri Chou secara peribadi mengadakan majlis makan malam rasmi untuk Tun Razak dan rombongan walaupun beliau sedang sakit kuat.  Selepas Chou mendapat kebenaran daripada doktor, beliau terus keluar dari hospital untuk mengalu-alukan kedatangan Tun Razak. “Saya menanti-nantikan kedatangan Yang Berbahagia. Saya gembira atas kehadiran Yang Berbahagia”, beliau mengalu-alukan Tun Razak. Majlis rasmi itu merupakan majlis terakhir Perdana Menteri Chou yang meninggal dunia beberapa hari sebelum kematian Tun Razak sendiri pada tahun 1976.
Pertemuan Tun Razak dengan Pengerusi Mao juga amat mesra.  Tun Razak meminta pandangan Pengerusi Mao tentang cara mengatasi masalah komunis di Malaysia. Pengerusi Mao berkata, “Anda (kerajaan) adalah sah di sisi undang-undang, mereka (komunis) tidak sah. Mereka tidak akan berani menonjolkan diri. Jika tentera anda tidak mendekati mereka, tiada alasan untuk mereka menyerang anda.  Lama-kelamaan mereka akan hilang.”
Kesan kenyataan Pengerusi Mao ke atas pergerakan komunis Malaysia itu memang tidak dapat dinilai, tetapi sejak itu, pihak komunis akhirnya mencapai kata sepakat dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand dan mengundur diri daripada perang bersenjata.
Pada tahun itu juga, selepas lawatan beliau ke China, Tun Razak mengisytiharkan pilihan raya umum. Kali ini Barisan Nasional mendapat sokongan padu pengundi dan berjaya dengan undian yang cukup memuaskan.
Era baru selepas 13 Mei bermula.  Strategi politik Tun Razak terbukti berkesan dan membawa hasil yang diharapkan. Masalah politik yang lain bagaimanapun masih memerlukan usaha Tun Razak. Pada pandangan umum ketika itu, bangsa Melayu dianggap tidak berkemampuan untuk menangani masalah kewangan. Portfolio kewangan berada di tangan seorang menteri berbangsa Cina sejak kemerdekaan. Ia bukan persoalan bangsa Cina atau Melayu yang patut menjadi Menteri Kewangan.  Kita hanya ingin memperbetulkan anggapan palsu itu dan memberi semangat kepada bangsa Melayu, supaya lebih yakin dengan diri sendiri dalam menguruskan kewangan jika mereka ingin memperbaiki diri mereka dari segi ekonomi.
Dalam tahun 1974, Tun Razak sendiri mengambil alih portfolio kewangan dan menjadi Menteri Kewangan Melayu yang pertama selepas persaraan Tun Tan Siew Sin.  Beliau menguruskannya dengan agak cekap sekali walaupun beliau tidak pernah memperoleh ijazah dalam ekonomi atau kewangan.
Secara umumnya memang terdapat kepercayaan setiap individu mempunyai tiga ciri – peribadi yang dipamerkan, peribadi yang sebenar dan peribadi yang beliau anggap sebagai peribadinya sendiri.  Akan tetapi Tun Razak ialah dirinya yang sebenar.  Selaku seorang ahli politik, beliau lurus dan jujur. Sesetengah pihak menganggap beliau tidak mesra dan tidak dapat mempamerkan perasaan hanya kerana perkara kecil seperti cara beliau berjabat tangan.  Namun keikhlasan dan kemesraan beliau berada dalam diri beliau dan bukan di luar.  Terdapat juga pembantu politik yang merasakan ucapan beliau tidak cukup dramatik dan kurang bersemangat, dan kerana itu mereka telah menyediakan rangka ucapan untuk beliau. Apabila beliau melihatnya beliau akan berkata, “Ini bukan saya,” dan beliau akan merangka semula ucapan tersebut.
Tun Razak bukan seorang yang semata-mata berserah kepada nasib.  Beliau memegang teguh kepada falsafah hidup, “Manusia merancang, Tuhan menentukan.”  Sebagai Timbalan Perdana Menteri paling lama di dunia pada masa itu, 13 tahun – tentu sekali ada di kalangan penyokong beliau yang cuba menghasut beliau.  Akan tetapi beliau kekal setia kepada Tunku, berdiri teguh, tidak beralih arah dan meneruskan kedudukan beliau sebagai orang kedua sehingga Tunku melepaskan jawatan pada tahun 1970 berikutan tragedi 13 Mei.  Tun Razak pernah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada tahun 1959 ketika Tunku Abdul Rahman terpaksa menumpukan perhatian kepada kempen pilihan raya persekutuan yang pertama.  Tun telah menyerahkan semula jawatan tersebut kepada Tunku beberapa bulan kemudian.  Tunku pula mengundurkan diri sehari sebelum anak saudara beliau, Sultan Kedah, menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 22 September 1970. 
Pertimbangan dan hujah yang berfaedah merupakan kualiti kepimpinan yang penting. Selain membentuk dasar yang berkesan, pemimpin yang bagus mesti berkemampuan memimpin mereka yang sesuai menjalankan sesuatu tugas supaya dasar yang diperkenalkan mencapai kejayaan.  Apabila Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau secara langsung mengambil alih pucuk pimpinan Barisan Nasional dan UMNO.
Salah satu agenda beliau adalah untuk mencari pemimpin yang lebih muda, berkebolehan dan menyediakan mereka untuk masa hadapan.  Antara mereka yang terpilih merupakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.  Ketiga-tiga mereka telah membuktikan kecemerlangan mereka walaupun hanya salah seorang daripada mereka yang boleh menjadi pemimpin tertinggi pada sesuatu masa.
Secara kebetulan, Tun Razak juga ialah insan yang cenderung dengan fesyen, terutamanya dengan busjaket.  Beliaulah yang mencadangkan supaya busjaket dipakai ke pejabat dan juga untuk melawat kawasan luar bandar.  Busjaket asalnya digunakan oleh orang Barat untuk memburu.  Namun, ia sungguh sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.  Sedikit perubahan terhadap pakaian tersebut, sama ada berlengan pendek atau panjang, telah diterima dalam kebanyakan majlis pada siang hari, walaupun ia tidak pernah diterima secara rasmi.  Menteri kabinet dan kakitangan kerajaan dengan cepat mengikuti cara ini.  Orang awam juga mula menyukainya dan ia masih digemari hingga sekarang.
Tun Razak gemar bermain golf, dengan handicap 16 – agak bagus untuk seseorang yang hanya dapat bermain pada hujung minggu.  Selain memberikan ketenangan dan mengurangkan ketegangan, beliau dapat memperoleh komen tentang dasar dan prestasi kerajaan daripada teman-teman golf beliau. Malah, untuk memperkenalkan Bukit Fraser, beliau sering membawa sekumpulan teman untuk bermain golf di situ setiap kali beliau ke sana dalam lawatan rasmi.  Anak-anak beliau juga, lebih-lebih lagi Dato’ Sri Najib amat berminat dan mahir bermain golf.
Dengan bantuan Tun Rahah untuk menjaga keadaan di rumah, beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja.  Sebagaimana kata orang Cina, “Semuanya akan menjadi baik jika rumah dalam keadaan harmoni.”  Tun Razak memang mempunyai keluarga yang bahagia.  Mungkin beliau berasa sedikit kecewa kerana tidak mendapat anak perempuan.  Bagaimanapun, beliau mempunyai lima anak lelaki. Kesemuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing.  Penganut Buddha percaya, “Jika seseorang itu banyak membuat jasa baik, generasi seterusnya akan mendapat balasan yang baik.”
Tun Razak sudah meninggal dunia lebih daripada 33 tahun.  Mereka yang bernasib baik telah mengenali Tun Razak dan mereka yang tidak pernah bertemu dengan Tun Razak tetapi mendapat faedah daripada kerja-kerja beliau pula akan sentiasa mengingati Tun Razak.
Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Nukilan Y Bhg Tan Sri Dato’ Michael Chen, 
dipetik dari buku ‘ Tun Abdul Razak – Potret Dalam Kenangan’

Tunku Abdul Rahman Putra A-Haj





Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".


Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor SetarKedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepadaSultan Abdul Hamid Halim ShahSultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah,Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukanbola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Pendidikan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa InggerisTunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej SultanAbdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quranpada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara AustraliaTunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. TunkuBadlishahPemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti LiberalTunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya diGeylang SeraiSingapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adikSyed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di [[Kedah]. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Laluan ke kemerdekaan

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysiayang biasa.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, SabahSarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan FilipinaPerkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.